Dilema...huh? (2)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat akhirnya siap juga sambungan cerpen yang lepas iaitu 
'Dilema...huh?'

Hahaha..
Harapnya cerpen kali ni memberi manfaat hendaknya. 
Semangat sungguh nak cepat siapkan cerpen ni. Yalah, kalau tangguh-tangguh nanti, habis hilang semua jalan cerita. Serius memang boleh lupa. Tambahan pula, diri ni memang pelupa. haha

Harapnya pembaca-pembaca terhibur.
Kalau terlebih rajin, bolehlah berikan komen. hehe.

Selamat membaca :D






“Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok orang ke?! Korek biji mata tu kang!” bisiknya sendiri.

Bahunya dicuit beberapa kali. Sofea menoleh, wajahnya jelas kelihatan rasa geram.

“Kenapa Pea renung orang tu macam tu?”

Sofea mencebik, “Dia tu yang mulakan dulu kot. Dari kedai runcit tadi kita jalan sampai ke kereta ni, dia tengok macam tak pernah tengok orang je. Korek mata tu keluar baru tau.”

“Lepas tu Pea pun tengok dia macam nak makan orang juga. Awak tu perempuan, behave sikit,” enjin kereta mula dihidupkan. Getting ready for their next agenda.

“Dengan orang macam tu, tak payah nak behave sangat. Kak Kemi tahu tak orang tu memang suka tengok Pea macam tadi tu lah. Dahlah dia tu baru je pindah sini, eeiiii geram pula rasa”

                Kamela berkalih sambil tangan menekan punat penghawa dingin kereta kerana peluh sudah mula membasahi bajunya, “Pea kenal dengan laki tadi tu? No wonder lah dia tengok Pea semacam. Berjiran ke?”

                Sofea besandar dan mula memasang kemas tali pinggang kaledar sebelum mereka memulakan perjalanan. Dia kemudian mengeluh,

                “Pea tak kenal pun dia kak. Iya, memang kami berjiran, dia duduk satu blok dengan Pea tapi dia duk tingkat bawah. Masalahnya, Pea tak pernah pun tegur dia, kitaorang terserempak macam tu je. Time Pea nak pergi kedai, tak pun time Pea nak pergi surau waktu bulan puasa ritu. Tapi tiap kali terserempak, dia mesti tengok Pea macam....macam tadilah!”

                Kamela tersenyum lebar mendengar keluhan anak buahnya itu. “Dia nak tegur Pea rasanya, tapi dia segan, manalah tahu kan? Tapi kalau dah begitu gayanya Pea tengok dia, memang cuaklah dia nak tegur,”

                “Iyalah tu kak ooii. Dahlah, kita kena sampai 10 minit awal ni, nanti ada pula yang tengok dan marah kita macam singa nanti. Kat depan tu macam nak jam je tu. Eloklah kita gerak sekarang,” balasnya selamba sambil mengerling jam yang ada pada skrin radio. Ikut hemat kiraannya, perjalanan ke Taman Botani memakan masa lebih kurang 40 minit, belum lagi kalau ada kesesakan lalu lintas, mungkin memakan masa sejam untuk sampai.

                Sofea membuang pandangan ke luar tingkap. Jika mahu diingat semula, itu bukan kali pertama jirannya berkelakuan begitu. Seingatnya, pertama kali dia bersua dengan lelaki tersebut empat bulan yang lepas, seminggu sebelum puasa, sedang dia asyik menunggu lif, fokusnya terganggu dengan bunyi seretan beg-beg plastik.

Bunyi tersebut sangat mengganggu ketenteraman Sofea. Mahu tak mahu, Sofea menoleh ke sisi dan memandang sahaja hujung laluan ke lif, lebih kurang sepuluh tapak dari tempatnya berdiri. Menanti dengan sabar gerangan siapakah yang mengheret semua tu.

 Matanya dikecilkan, seorang lelaki yang tidaklah tinggi mana, lebih kurang tingginya saja, berkaca mata petak besar, baju kemeja ketat, berseluar jean biru, dan memakai beg sling berwarna hitam. Ditangannya ada beberapa beg plastik bersaiz besar. Kesemua beg itu diseret sahaja, berat barangkali. Sofea hanya memerhati, pada hematnya lelaki ini dikategorikan sebagai lelaki metroseksual atau lebih kurang maskulin. Pemakaian yang kemas dan stylo.

Sofea tidak sedar yang lelaki itu juga memandangnya, atas bawah. Sofea tidak berkalih langsung, dia berfikir isi kandungan beg plastik yang berlambak-lambak tu.

“Ting!” Pintu lif terkuak.

Sepantas kilat lelaki tu melangkah masuk ke dalam lif tanpa mempedulikan Sofea atau mempunyai timbang rasa yang Sofea telah tunggu lama lif tersebut. At least, ladies first.

Dengan sabar Sofea melangkah juga masuk. Hanya mereka berdua. Beg-beg yang ada tu sedikit sebanyak sudah memenuhi ruang lif. Sofea berdiri di belakangnya, tak boleh nak melangkah ke hadapan walau seinci.

“Tingkat berapa ni?” lelaki tu bersuara.

Senyap. Sunyi. Sofea terkebil-kebil.

I’m asking,” ujar lelaki itu sekali lagi sambil menoleh ke belakang.

“Sepuluh. Sorry. Thank you,” sepantas kilat juga Sofea menjawab. Dalam hati dia mahu ketawa terbahak-bahak.

Sampai sahaja di tingkat sembilan, pintu lif terbuka. Lelaki maskulin tersebut bersusah payah mengheret kesemua beg-beg plastik yang dibawanya.

Sebaik sahaja pintu lif tertutup, Sofea menghamburkan gelak tawa,

OH MY GOD!! Lembutnya dia. Luaran maskulin kot, sekali buka mulut, sopan gila! So cute!!!” ditepuk-tepuknya dinding lif sambil terus menerus ketawa.

Itulah kali pertama. Namun, selepas dari kejadian itu, setiap kali mereka terserempak, masing-masing memandang sesama mereka tanpa bersuara sepatah pun.

*******

I already told your team what I want. But, it turned up to be something else. This is not what I request for,

                Sofea memaniskan wajahnya. Agak sukar nak menangani client yang suka berubah-ubah permintaan di saat-saat akhir. Client ini pula merupakan pelanggan tetap syarikat, lagilah perlu jaga sebaiknya. Kalau lari pelanggan ni, habislah KPI dia.

                “My big apologize for that. I really mean it. That’s why I’m here. I will coordinate my team to do exactly like what you want,” sehabis baik Sofea bermanis mulut.

                “I marked your words. Two days left. If it still didn’t turn up as what I want, this will be my last be with your team,” bingkas dia bangun selepas ketidakpuasan dengan apa yang dilihatnya sepanjang sesi rehearsal berlangsung.

                Dengan berbekalkan sifat profesionalisme, Sofea turut bingkas bangun sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat,

                “Inshaallah, I will fix it, Carl. See you again tomorrow evening. We will have second rehearsal tomorrow. Again, I’m truly sorry for what had happen just now,” dipaksa senyum meskipun dalam hati meluat yang amat. Dia tahu siapa yang betul siapa yang salah. Dan siapa juga yang tidak melakukan kerja sebaiknya.

                 Sofea menghantar Carl ke muka pintu kereta. Berkali-kali Sofea meminta maaf dan cuba memberikan kata-kata positif supaya kepercayaan Carl padanya masih utuh. Sebaik sahaja kereta yang dinaiki Carl meluncur laju, Sofea menundukkan 90 darjah kepala ke bawah dan memuncungkan mulutnya. Ini juga bukan pertama kali pelanggannya suka nak ubah itu ini. Banyak tenaga dikerah. Bila ubah lagi, kena kerah lagi. Sabar. Sabar. Sabar.

                “Give up dah ke Sofea?”

                Dengan malas Sofea menoleh ke belakang dan perlahan-lahan mengangkat kepala. Dia kenal benar dengan suara tu. Kenal sangat.

                “Carl kesayangan Encik tu lah. Masuk kali ni, dah enam kali tau dia tukar tema. Apa dia fikir kita ni robot ke? Mula-mula nak suasana tamanlah, lepas tu tukar pantailah, lepas tu tukar gununglah, lepas tu tukar lagi nak ala-ala dasar pandang ke timur pula! Ni, lepas dah rehearsal bagai ni, nak tukar lagi, ala-ala kampung pula dah,” tangan Sofea turut menari-nari mengikut rentak katanya. Sofea terus menerus berkata seperti mesin bertih jagung gayanya.

“Dia tak sedar ke yang bisnes dia tu kotemporari? Paling sesuai kalau dia letak tema urban je. Mana sesuai kampung dek non! Ni lepas rehearsal esok dia minta tukar lagi, memang saya akan tukar warna rambut dia. Dia ingat warna biru laut tu sesuai sangat dengan muka dia tu. Bajet Asia lah sangat. Ehhh geram pula aku rasa. Dua hari je lagi ni. Dua hari je nihh!! Saya cakap dia tak nak dengar. Bukan saya tak pernah handle customer macam tu. Dulu pun saya selalu je dapat customer yang lalang macam ni, tapi lalang dia ni lain macam betul. Kasihan team saya kot, they worked really hard. Sekarang ubah lagi,”

                “Sofea!”

                Sofea terus terkedu. Turun naik nafasnya setelah banyak cakap. Pantas dia menundukkan semula kepala 90 darjah ke bawah. Mencebik.

                “I know you are stress with him, but do treat him nicely ya. He is really our big client in this company. Now you know how the work is. Now you can feel the rhythm, right?”

                “Peduli apa saya dengan rhythm bagai ni. Encik ingat ni kelas...,” Sofea mematikan kata-katanya. Sesuatu menerjah ruang fikirannya kini. Tika itu juga matanya melilau-lilau mencari seseorang.

                “Yes? Sofea?”

                “Haaaa tak ada apalah. Saya sambung kerja dulu ya. Got to go! Kak Kemi! Kak Kemi!” Sofea terkocoh-kocoh meninggalkan majikannya.

                “Sofea! Habiskanlah dulu cakap tu,”

                “Thanks boss sebab dengar saya membebel tadi. Thank you!”

                “Ingat pesan saya, jangan buat hal dengan Carl!”

                “Baikkkkkkk” dari jauh Sofea menjerit sekuatnya. Dilambai-lambai tanda faham.

                Izwan menggelengkan kepala. Geli hati setiap kali melayan karenah Sofea tu.

                “I hope you will not let me down. I count on you,”

                “Don’t worry, I will handle it. But, I want to ask you one thing, dalam banyak-banyak staf you ada, why her? Kenapa tak budak yang baru tu? That young man looks good,”

                “I just want to test her. I see lots of potential in her, but she denies it. I want her to go further and be more confident with herself. She has that personality but she keeps it,”

                “Funny la you. Orait, just leave it to me. I will make her life miserable to have a client just like me,”

                Izwan sekali lagi menggelengkan kepalanya. Ujian dan kesukaran yang akan mematangkan kita, kan?’

*******

Splendid! Well done,”

                Carl benar-benar kelihatan berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan oleh Sofea dan kumpulannya. Sofea hanya tersenyum. Dalam hatinya tidak putus mengucapkan syukur pada Ilahi. Berkesan juga hasil melepaskan bebelan tempoh hari, terus hadir ilham baru untuk ubah suai tema yang enam kali diminta tukar.

                “Jangan puji sangat team Sofea ni. Nanti lupa diri habis mereka ni. First project with you, bolehlah splendid, next project, we never know,” ujar Izwan sambil mengangkat keningnya memandang Sofea dan Kamela. Walau apa yang terjadi, sifat rendah diri wajar ada dalam diri. Tak semestinya kita akan sentiasa bernasib baik tetapi jika dilakukan dengan usaha yang bersungguh, inshaallah, hasilnya akan jadi yang terbaik.

                “Oh ya Sofea, I think you should forget your intention to change that blue colour. That colour looks good already,” ujarnya lagi sambil mengenyitkan matanya. Teringat bebelan Sofea untuk menukarkan warna rambut Carl ke warna lain atas sebab geram dengan karenah Carl yang acap kali memaksanya mengubah itu ini.

Sofea tersipu malu. Kamela dan Carl diam dan setia mendengar kerna tidak memahami akan apa yang dibualkan oleh Izwan.

Come Carl, our dinner is ready. It is not good to make our VVIP waiting,” Izwan berkalih pada temannya.

Carl mengangguk beberapa kali dan membuntuti Izwan ke bilik VVIP. Acap kali dia mengucapkan tahniah pada Sofea dan Izwan atas pelancaran pembukaan cawangan butiknya yang baru juga pelancaran ‘Fashion Week’ anjurannya sendiri, untuk mempamerkan semua hasil tangannya dalam dunia fesyen.

                “Akak betul betul tak sangka idea kita tu menjadi Sofea! Mana tak nya, waktu last rehearsal lain, lepas tu kita tambah-tambah sikit jadi lain. Semua tu last minit. Mujurlah Carl tu suka,”

                “Alhamdulillah, Pea pun tak menyangka idea tu menjadi. Kalaulah kita teruskan dengan tema kampung tu, tak tahulah macam mana. Tak masuk kot tema tu dengan tema bisnes dia tu. Tengoklah segala macam VVIP dan tetamu yang dia jemput, katanya orang-orang kenamaan tapi sorang pun Pea tak kenal. Malu kita kalau ikut cakap Carl tu sangat,”

                Kamela menggangguk tanda setuju seratus peratus. Tema yang dipilih Carl diubahsuai agar suasana nampak lebih ke arah urban dan kontemporari. 3 dalam 1. Sofea membut pembacaan di pelbagai blog sebaik sahaja dia menerangkan idea yang dia dapat kepada ahli kumpulannya. Mujur mereka turut sama tidak berputus asa menyiapkan tugasan yang diberikan bersama-sama walaupun penat fizikal dan emosi setiap kali diarah untuk ubah tema majlis.

                Sofea kemudiannya beriringan dengan Kamela ke belakang tabir untuk menguruskan segala urusan selepas majlis, sebaik sahaja memastikan kerja-kerja mereka di pentas utama telah selesai. Terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan. Mana yang terdaya, jika tidak, sambung esoknya.

                Hampir sejam lebih lamanya masa diperuntukkan untuk menyelesaikan urusan belakang tabir. Satu per satu dilakukan dengan cermat agar tidak tertinggal apa yang telah disenaraikan dalam ‘Notelist’ Ipadnya. Sepanjang masa Ipad berwarna hitam bergambar Minnions ada dengannya, tidak lekang langsung. Segala macam aktiviti, agenda dan apa sahaja yang perlu dia lakukan, akan disenaraikan dalam Ipad tersebut.

                “Okey guys, I know the time now really late, already quater past two in the morning. But Alhamdulillah, 90% of our work here done. The 10% left is only for the agency to take over. So, have a good rest. Tomorrow is our off day for our team. Really makesure you guys have a good and nice rest tomorrow. Thank you so much for your hard works. I really grateful to have you guys in my team. Orait, we’re done! Yeay!!” Sofea memerhati setiap ahli kumpulannya. Mempunyai 10 orang tenaga kerja yang berlatarbelakangkan pelbagai profil dan perangai bukan sesuatu yang mudah untuk ditangani, tetapi mereka sangat mudah memberikan komitmen setiap kali tugasan diberikan. Ini merupakan kali kedua Sofea bersama dengan mereka selepas diarah untuk mengendalikan dua kumpulan yang berbeza sebelumnya.

                “Pea hantar akak balik ya? Lagi pun satu jalan je pun nak ke rumah tempat Pea,” pelawa Sofea.

                Kamela tersenyum manis tanda setuju. Penat sungguh badannya terasa. Dalam kepalanya hanya terbayangkan katil dan mahu lelapkan mata sesangat.

                Dari jauh kelihatan kelibat Izwan. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati Sofea dan Kamela, “Everything okey?” sapanya sebaik sahaja berada di sisi Kamela. Mereka berkalih serentak.

                “Alhamdulillah, setakat ni okey. Yang tinggal cuma kerja agency sahaja. Nanti saya akan minta progress update. Kenapa Encik Izwan tak balik lagi ni? Ingatkan lepas makan tadi dah balik,” balas Sofea.

                “I still have work to do. Oh ya, kenalkan ex-partner saya, Haziq. Haziq, my team, Sofea and Kamela,”
                Sofea termangu. Sungguh dia tidak sedar akan kehadiran seorang lelaki yang berada di sisi Izwan. Sungguh dia tak perasan langsung. Penat barangkali, fokusnya hanya nak rehat.

                “Ex-partner? Sorry?” Sofea tergagap-gagap. Lantas melontarkan isyarat mata pada Kamela.

                “Ini bukan lelaki yang kat kedai runcit kamu ke? Bukan ni ji....” Kamela bersuara.

                “Ji sangat kan Kak Kemi? Tak sangka kecil dunia ni,” Sofea mematikan kata-kata Kamela. Matanya dibulatkan memberi amaran pada Kamela. Memang taklah dia nak beritahu pada Izwan, lelaki maskulin yang menyeret beg-beg plastik berlambak itu adalah jirannya.

                “You guys kenal ke?” Izwan terpinga.

                “As she said, dunia ni kecil. Pernah terserempak kat kedai runcit beberapa hari lepas,” Haziq mula bersuara sambil membetulkan cermin matanya. Dia juga pandai berselindung dan tidak mahu sesiapa tahu Sofea adalah jirannya.

                Izwan hanya menggangguk, “Okey, whatever. Haziq ni before this at your place, Sofea. After he left, you replace him,”

                Haziq memandang Sofea. Sofea juga memberikan pandangan yang sama.

                “It’s a pleasure to know you, Haziq,” Sofea tersenyum. Seikhlas boleh.

                “Me too, Sofea,” Haziq juga tersenyum. Juga seikhlas yang boleh.

                “Walla, what an expected meet up! Okey, Sofea, Kamela, see you guys at the office. Have a good rest and well done for today,”

                Sofea dan Kamela melambai-lambai mengiringi perginya Izwan dan juga Haziq. Sofea mengeluh kecil.

                “Akak tak sangka jiran Pea tu ex-partner Wan. Tak pernah dia cerita pun. Lebih kurang je mereka dua tu. Style pun lebih kurang. Cuma Haziq tu rendah sikit. Yang lain sama je. Rapat pula tu. Tengok tu, gelak-gelak bukan main rapat sangat. Lain macam sungguh,”

                Sofea perlahan-lahan menggerakkan kepalanya memandang Kamela, kemudian melontarkan pandangan pada Haziq dan Izwan di hadapannya. Berkerut dahi Sofea melihat mereka berdua.

                “Pea, akak tunggu kat kereta Pea ya. Akak nak pergi tandas sekejap. Tunggu akak tau,”

                Sofea mengangguk sahaja namun matanya masih melekat pada Izwan juga Haziq.

                Telefon pintar dikeluarkan. Pantas Sofea menekan-nekan papan skrin.

                ‘Babe! Berita hangat ni! I dah percaya dah cakap you. He is someone lah’.

                Send.

                ‘Babe, esok lunch sama nak? I belanja you. I tak sabar nak story kat you ni’

                Send lagi.

                ‘Babe..tapi kenapa Encik Izwan? He so handsome kot’

                Send.

Selang tiga minit, telefonnya berbunyi beberapa kali.

                ‘Weyhhh! Pukul 3 dah ni. Jangan kacau boleh? Esok I baca text you. I nak tido!’

                *******

Dua kali dikerlingnya jam di tangan. Sudah sepuluh minit ditunggunya lif tapi dia masih berada di situ. Lif rosak lagilah ni!

Perut sudah berkeroncong irama Melayu klasik. Tiada apa yang boleh dibuat sarapan dalam rumahnya. Dek kesibukan yang melanda, Sofea lupa untuk meluangkan masa membeli barang-barang basah serta kering. Bila dah lapar begini, mulalah meroyan nak cari makan di luar.

“Ting” akhirnya pintu lif terbuka.

Sofea terbeliak, mengomelnya sendiri tatkala melihat lif sarat dengan orang. Mampat seperti sardin dalam tin. Celus ke tidak ni? Nak masuk ke tidak ni? Dia bukannya kecil kurus ni. Aduh, lapar sangat ni!

“Boleh lagi ni, masuklah,” terdengar satu suara dari dalam lif. Sofea segera masuk tanpa berfikir panjang. Sudahlah makan masanya hingga 10 minit, kalau tunggu lagi mahu dekat sejam. Nak turun tangga terasa malas pula. Masuk jelah.

Dalam kepadatan dan kesesakan itu, mulalah Sofea terfikir bukan-bukan. Macam mana tiba-tiba lif tidak berfungsi? Lampu terpadam dan mereka terperangkap. Mahu mati lemas ni. Dahlah padat dalam lif, bila semua cemas, masing-masing akan cuba nak menjeritlah, gelabahlah, boleh bawa maut sebab sesak nafas ni. Macam mana pula kalau tiba-tiba lif terjatuh terus? Nauzubillah. Sofea memejamkan mata sambil menggeleng-gelengkan kepala beberapa kali. Istigfar dan syahadah tidak lekang dilafazkan dalam hati.

“Ting” pintu lif terbuka. Lega rasanya bila dapat hirup udara segar. Syukur.

Sofea segera melangkah keluar kerana dialah yang berada di tengah-tengah serta paling hadapan. Jika tidak Sofea bergerak, maka yang lain pun tak dapat keluarlah gamaknya.

“Hujung minggu pun ramai juga ya orang keluar pagi-pagi gini?” ngomelnya lagi. Langkahnya dipercepatkan melintasi kawasan rehat atau kawasan wakaf penghuni di situ.

Spontan langkahnya terhenti tatkala terlihat Haziq dengan beg tarik yang besar di sisi. Jam di tangan dilihatnya sekali lagi. Nak tegur ke atau nak buat-buat tak nampak terus pergi beli sarapan. Perutnya semakin rancak mendendangkan pelbagai irama lagu dah ni. Akhirnya Sofea mengeluh...

“Haziq! Buat apa kat sini?” Sofea menyapa.

Haziq membetulkan kedudukan berdirinya, dari bersandar kembali tegak.

“Tunggu orang. Going somewhere?”

“Ya. Going for breakfast and then want to buy some groceries. Dah kosong sangat dah rumah tu. Besar beg tu. Nak pindah ke?”

Haziq memandang beg birunya sambil ketawa,

“Bukan pindah. Nak sambung study, UK, for 2 years. Tapi kalau cuti, baliklah semula kat sini,” ramah Haziq menjawab.

Sofea terlopong. Terus hilang rasa lapar yang membuak-buak sejak tadi.

Stu..study? U...UK? Abroad?”

Haziq ligan mengangguk, “Ya, kalau Ulu Klang, no need this big bag,”

“WOW! Awesome gila!” Sofea turut teruja.

“Dah alang-alang ni, so, how’s life? I mean with Izwan. How’s working life with him?”

Quite fun, enjoy but damn busy,” balasnya spontan. Semakin selesa rasanya berbual dengan jirannya itu.

Noticed that also. Jarang dah terserempak kat kedai runcit tu. Kerja event macam tu, memang super duper busy,”

“Betul, jarang sangat dah ke kedai bawah ni. Balik pun selalu lewat. Sabtu, Ahad kalau ada event tak balik, tidur di ofis nun. Memang jaranglah ada kat rumah ni. Tu yang sampai lupa nak beli barang-barang dapur tu,”

“Hurm... bukan setakat kedai je, nak terserempak kat surau pun dah jarang sangat dah,”

“Surau..? Haaa.. selalu lepak surau belakang ofis tu. Kan ada surau kan kat situ?” Sofea mencebik. Boleh tahan juga mamat ni loyar buruk. ‘Kecil besar kecil besar pula aku lihat kau ni,’

Haziq ketawa besar. Sabar Sofea. Sabar. Sabar. Sentap pula aku rasa.

“Mesti penat kan? Saya dulu pun begitu juga. Busy manjang. Last-last decide nak sambung study, tu yang berhenti tu,”

Sofea mengangguk sahaja. Terasa poyo pula bila dah bersembang lama ni. Perut kembali berkeroncong dendang sayang.

Dalam asyik berbual, Honda Civic hitam melintasi mereka dan berhenti di hadapan mereka berdua. Tingkap pemandu diturunkan. Kelihatan seorang wanita di dalamnya, berbaju kasual memandang ke arah mereka.

“Tunang saya dah sampai. Got to go,” Haziq tergopoh-gopoh menolak beg besarnya itu.

‘Tunang?’ Sofea termangu. Jiran aku ni dah bertunang?

“Baiklah Sofea, take good care of yourself. See you again,” Haziq mula tersenyum. Pintu kereta dibukanya perlahan. Haziq sempat berbisik seperkara dua lagi pada Sofea.

Sofea dalam dengar tidak hanya mengangguk.

“Selamat menjadi student semula. Jumpa lagi,” ujar Sofea pula.

Honda Civic meluncur laju meninggalkan Sofea sendiri. Terkebil-kebil sahaja dari tadi apabila dia mengetahui jirannya sudah bertunang.

“Siapa tu?”

“Oh, steady girlfriend Izwan,” Haziq terpaksa berbohong. Tunangnya punyai sifat cemburu yang tinggi. Lebih baik selamatkan diri dari kena berleter.

“Izwan dah ada girlfriend? Good for him. Sampai bila dia nak berperangai gitu,”

“Hishhh you ni. Tak baik tau,” Haziq melenting.

Sorry dear,”

Sofea berkerut-kerut kerna menahan lapar. Dibiarkan enjin keretanya panas dahulu sebelum bergerak mencari sarapan.

‘Huda, jiran I dah bertunanglah’

Send.

That’s mean itu bukan skandal bos’

Send.

Teet. Teet.

Mesej dari Huda. ‘No one knows who he is. Dia memang baik dengan semua orang’

Sofea termenung seketika.

Teet. Teet.

Nama Huda tertera lagi. ‘Bila nak jumpa?’

Come temankan I breakfast. Lapar gila ni. Tempat biasa dalam setengah jam jumpa sana’

Send.

Betul ke apa yang Huda ceritakan tu? Tapi Haziq cakap tadi tu apa pula? Haaaa kisah pula aku dengan hidup mamat tu. Kepoci sungguhlah aku ni.

*******

Sofea terlantar kepenatan. Kipas di siling diperhati kosong.

                Setelah tiga minggu lamanya berhempas-pulas mengendalikan tiga mini karnival yang diamanahkan padanya, Sofea mula terasa penat. Dia hanya mahu rehat dan rehat. Jika diberi pilihan antara rehat dan makan, dia pasti memilih rehat. Biarlah kebulur macam mana pun, asalkan dia dapat rehatkan diri walau sedetik cuma.

Hidupnya kini ada waktunya terurus, ada waktunya juga memang tidak terurus langsung. Tetapi jika nak dibandingkan di awal-awal penglibatannya dalam dunia barunya itu, dia sendiri rasakan ada perubahan demi perubahan terutamanya dalam aspek ‘time management’.

Jika diingat kembali, dua bulan lebih juga dia mengambil masa untuk suaikan diri dengan persekitaran yang baru dan gaya hidup yang sangat berbeza dengan dahulunya. Dengan rumah yang tidak terurus, makannya juga tidak terjaga, dan tidurnya juga entah ke mana. Bila dikenang semula, boleh jadi gila juga kalau tak tahan, atau jika dia sudah berkahwin akan ada cerai-berai nanti, nauzubillah.

 Alhamdulillah, selepas dua bulan pertama yang kritikal, Sofea boleh suaikan diri sebaiknya. Dia boleh sudah mula boleh bahagikan masa dengan sebaiknya. Sudah bijak untuk membezakan mana satu keperluan dan mana satu kepentingan yang peru diutamakan.

Sofea memejamkan matanya seketika. Bermacam kisah sedang bermain-main di ruang fikirannya kini. Suka duka. Gelak tawa. Susah senang. Semuanya ligat berputar membuatkan dirinya semakin penat.

“Kadang-kadang tu kesian I tengok you ni,”

Huda tiba-tiba baring di sisi Sofea. Sofea hanya mendiamkan diri. Matanya masih terpejam.

“Kalau dulu ada je banyak masa untuk everything. I tengok you asyik sibuk je, I yang penat. You tak menyesal ke do all these?

Huda mula mengubah posisi menghadap sahabat baiknya itu.

You tak pernah terfikir ke untuk berhenti buat semua ni and get a new life again?”

Babe, selama ni you support I ke tidak?” Sofea mula bersuara dengan matanya masih terpejam.

Of course I support you. Sejak azali lagi okey. I’m always there for you okey. I just tanya je. I kesian tengok you penat je manjang,”

                Sofea tersenyum, “Yes, I am really tired. Buat kerja event ni bukannya senang. Masa tu kena flexible dan rancang betul-betul. Kalau ikutkan rasa tak sabar dalam diri, dah lama I berhenti dah. Tapi I tak nak berhenti sebab I rasa puas. I rasa happy to do all that,”

                Huda berkerut dahinya. Gembira?

                “Jika nak compare dengan kerja lama I dulu, did I ever enjoy doing it? Nope. I work for the sake of that job only. Tak ada dah passion dalam diri ni. I tak kisah kerja banyak, asalkan orang-orang yang bekerja dengan I tu okey. Even kerja sekarang ni I jumpa bermacam jenis orang, tapi Alhamdulillah I masih boleh tahan sebab I dulu dah pernah jumpa dengan orang yang lagi teruk perangainya dari yang sekarang ni. Kerja I memang banyak sampaikan hujung minggu pun I kerja, even public holiday pun sama, but I really enjoy it. I betul-betul buat kerja tu. Tak macam dulu, I buat kerja sambil lewa sampaikan I selalu terfikir gaji yang I dapat tu berkat ke tidak? I jadi takut nak pergi kerja setiap pagi. I rasa malas dan I rasa terlalu berat hati sangat nak pergi kerja. Kalau tak berkat gaji I, macam mana I nak sara parents I? I jadi takut tau,” Tanpa sedar, air mata Sofea mengalir perlahan.

I really hoe that I boleh pergi jauh dengan kerja I sekarang ni. I harap I dapat sumbangkan sesuatu buat orang lain. Memang syarikat Encik Izwan tu kecil tapi inshallah kalau kena pada usahanya boleh pergi jauh syarikat tu,” sambungnya lagi.

As long as you happy, I akan sentiasa support you, Sofea. Yang penting sekarang ni, you kena banyak berdoa dan buat kerja you sebaiknya,” Huda mengesat air mata yang masih mengalir di pipi Sofea.

Sofea membuka matanya dan berkalih menghadap Huda. Bibirnya terukir senyuman, “Thanks babe,”

You dah tahu ke siapa partner in crime bos you tu? You kan dah dekat setahun kerja dengan dia tak kan tak dapat korek apa-apa lagi kot?” Huda cepat-cepat mengubah topik bualan. Memang tujuan utamanya masuk ke bilik Sofea untuk bertanyakan perihal Izwan.

“I penatlah. Kita sembang esok je la,” Sofea mengelat. Malas pula nak mengumpul dosa mengumpat tengah-tengah malam ni.

“Ala, jomlah sembang ngan I. I tunggu you balik kerja dari Isyak tadi tau. Selama I jadi anak buah dia kat syarikat lama dulu tu, sebelum dia buka syarikat dia sendiri, I tahu dia memang macam tu cuma I tak ada bukti je yang nak mengukuhkan lagi statement I tu. Bukanlah I nak sibuk sangat tapi I kesian kat dia. Izwan tu dahlah ada rupa, baik pula orangnya, tapi kenapa dia boleh jadi macam tu sekali?”

“Biarlah dia nak jadi apa pun. Tengoklah sebelum ni, macam-macam jenis orang dah yang I ingat skandal dia, padahal bukan pun. Kalaulah dia tahu yang I ni stalk dia, malu weyh. Mana nak letak muka ni? So, better kita tak payah nak buka cerita sangat tentang dia tu. Selagi dia tak kacau hidup kita dua ni, lebih baik jangan kacau hidup dia,” balas Sofea lembut sambil memejamkan matanya semula. Dia benar perlukan rehat.

“Baiklah. Baiklah. I tetap yakin yang dia bukan straight sangat. He’s gay okey,” Huda mencebik. Sebaik sahaja dia berkata begitu, Sofea sudah kedengaran berdengkur.

Huda bingkas bangun dan terus mencapai selimut menyelimuti sahabatnya. Lampu bilik dipadamkan. Langkah diorak keluar. Sebelum pintu ditutup rapat, Huda memerhati sekali lagi Sofea yang telah lena dibuai mimpi. Dia kemudian tersenyum kecil, ‘Bersusah-susah dahulu, manisnya pasti akan terasa jua kan?’

Pintu dikatup rapat.

*******

“Seminggu?”

                Surat permohonan cuti yang baru dibaca diulang dua tiga kali.

                “Boleh tak Encik Izwan? Saya nak balik kampung untuk seminggu tu. Kalau tak boleh, tiga hari pun jadilah,”

                “Nak kahwin ke sampai cuti seminggu ni?”

                Sofea ketawa kecil, “Kahwin apanya Encik Izwan. Calon pun tak ada lagi ni,” Sofea menutup mulutnya, mukanya merah. Dalam ketawa, mata Sofea menangkap sesuatu yang berada di atas meja bosnya itu.

                Izwan yang teliti orangnya perasan gerak tari pandangan Sofea. Lantas dicapai bingkai gambar dan mula tersenyum.

                “Ini buah hati saya. Saya, dia dan Haziq merupakan rakan kongsi syarikat ini. Kami punyai keinginan dan minat yang sama. Saya dan Haziq hanya melibatkan diri separuh masa sahaja dalam syarikat ni, dia ni lah yang uruskan semuanya. Sewaktu saya jumpa Sofea di Terengganu dulu, kami baru sahaja menubuhkan syarikat ni. Baru sangat, ada dalam enam bulan macam tu. Enam bulan pada orang lain mungkin sudah dianggap matang barangkali, tapi bagi kami, syarikat ni masih muda sangat,”

                Sofea setia mendengar. Ringan pula mulut Izwan mahu berkongsi cerita dan membuka pekung dadanya. Orang dah bercerita, apa lagi, tadah telinga sahajalah.

                “Two months after that, I decided to join this company full time, and he left to further his studies. Then Haziq went off too and came you in our journey,”

                Sofea tenang mendengar. He? Termangu dia seketika. Did Encik Izwan mention ‘he’ just now? He is referring to buah hati? Sofea mula tersenyum sendiri.

                “Terus tinggalkan company lepas belajar?” Sofea mula menyoal.

                Izwan meletakkan semula bingkai gambar di tempat asalnya. “Depends, tapi Haziq ya. Haha. That’s why you here. But I believe he will not leave us. He will be back,”

                “Haaaaa... sementara menunggu putera Encik Izwan sorang tu, wajarlah kita usaha sehabis baik untuk syarikat ni. Inshaallah selagi kudrat saya ni ada, I will do my best. Haaaa... apa lagi Encik Izwan, sainlah surat tu. Untuk menghasilkan kerja yang berkualiti, kita perlu rehat juga. Bila minda dan badan cukup rehat, barulah kerja yang dilakukan itu bombastic. Splendid! Betul tak?” ketawanya kecil.
                Izwan turut sama ketawa. Dicapai pen hitam kegemarannya lalu menandatangani surat permohonan tersebut. Dengan senyuman yang masih terukir di bibir, Izwan menyerahkan semula surat tersebut.

                “Have a good rest then Sofea. Remember, when you come back, we will have big project to go. And this second phase is no longer for event management. It is the time for you to be in the consultant team, as what I briefed you last year,” Izwan mengingatkan semula.

                Sofea mengangkat tangannya ke paras dahi seolah-olah memberi tabik hormat pada Izwan, “Baik! Inshaallah, I’m ready for that new task!” senyumnya kembali. Rasa semakin berkobar-kobar pula dah.

Sofea bangun dan mula mengatur langkah ke muka pintu. Tombol pintu digenggam erat. Ditoleh kepalanya semula ke belakang, kelihatan Izwan sedang menatap bingkai gambar itu. Sofea berdehem kecil,

“Encik Izwan, kalau rindu sangat pada adik-adik Encik Izwan tu, telefonlah mereka selalu. Air yang dicincang tidak akan putus. Percayalah cakap saya ni. Kalau sayang tu, kita kena tunjuk, bukan sembunyikan je,”

Izwan terpana. Riak wajahnya tampak terkejut dengan teguran Sofea.

You know? Dari mana? Haziq ke?” seingatnya dia tidak pernah ceritakan pada sesiapa pun latar belakang keluarganya. Sesiapa pun tidak tahu profil penuh dirinya.

                Sofea menjungkitkan bahunya. Tombol dipusingkan dan Sofea hanya tersenyum manis.

               “Jumpa minggu depan Encik Izwan! Jaga diri!” ujar Sofea sambil mengatup pintu perlahan-lahan. Bibirnya masih terukir senyuman.

                ‘Buah hatilah sangat. Nak buktikan sungguh-sungguh la tu pada orang lain yang dia tu gay. Dah tua-tua pun nak jadi poyo. Terus-terang je lah yang dia sayang gila-gila kat adik-adik dia. Tu pun malu ke nak mengaku?’

 “Be good to my brother. Do look after him for us,”

Bayangan Haziq mula menerpa ruang fikirannya. Itulah kata-kata yang dibisikkan padanya. Dalam dengar dan tidak, Sofea dapat menangkap kata-kata itu dengan baik sekali.

*******

“Angah! Pergilah tolong tok mak kat dapur tu. Mama nak pergi pasar sat,”

                Sofea menggeliat, “Sofea tidur sat boleh tak? Sepuluh minit ja. Pleaseeeee,”

                “Sepuluh minit ja. Lepas tu pergi dapur masak!” suara ibunya kembali meninggi.

                Sofea terlentang di atas katil. Matanya tidak boleh lelap pula. Tadi beria mengantuk sangat. Gedik betullah mata ni.

 Terkebil-kebil Sofea memandang siling atas. ‘Nikmat Tuhan kamu yang manakah, yang kamu dustakan?’ hatinya berbisik sendiri. Senyumnya sendiri.

                “Buat apa sini? Bercuti ke?” lelaki itu mula tersenyum. Telefon pintarnya disimpan ke dalam kocek seluar.

                Sofea tersenyum kembali. ‘Aku suka tengok senyuman dia ni’.

                “Saya ada kerja kat sini, Encik Izwan,”

                Izwan melangkah menghampiri Sofea yang masih tercegat di muka pintu.

                “Stop calling me Encik. Just call me Izwan,”

                “Saya selesa panggil begitu. Kalau tak saya akan panggil dengan panggilan ‘pakcik’. Which one you prefer?” Sofea kembali menjawab.

                “Awak free tak sekarang? Jom, teman saya makan?” Izwan mula membuka langkahnya. Sofea tidak menjawab. Diikutnya sahaja Izwan dari belakang.

                “First time here?”

                “Yup. Ini pun sebab kerja. Kalau tak, tak akan tahu tempat ni sampai bila-bila. Encik Izwan pula?”

                Belum sempat Izwan menjawab, makanan yang dipesan sudah tiba. Izwan memberi isyarat supaya mereka makan dahulu sebelum sambung perbualan mereka.

                “My second time here. Sebab kerja juga,” balasnya sambil tersenyum. Sofea turut sama tersenyum. Suka benar dia melihat Izwan tersenyum begitu. Manis sungguh wajahnya.

                “Boleh ke kalau saya berterus-terang one thing with you?” Izwan mula menyoal.

                Sofea mengangkat keningnya. Diam dan setia menunggu bicara seterusnya.

                “Honestly, I really really really want you to join my team. Yes, I know you already reject the offer. But I would like to give this second offer to you,” Izwan meneguk kopi panasnya sambil melontarkan pandangan yang serius pada Sofea.

                “I strongly believe on you that you can do the job offered perfectly, inshaallah. That is the strong feeling I have when I interviewed you last time. I really want you to be part of my team, part of my company,”

                “Company?” Sofea keliru. Bukan mereka bekerja dalam syarikat yang sama cuma berlainan unit sahaja ke?

                “I have opened my own company. Basically, the concept is more on what I’m doing right now, event management. Tetapi bukan fokus itu semata, ada juga perkhidmatan training and consultancy. Something that we can contribute to the community. I want you to join my company,” Izwan meneguk buat kali ketiga.

                “Tapi...”

                “Listen first, Sofea,” Izwan memotong bicara Sofea.

                “Huda dah ceritakan semuanya pada saya. A to Z. If you really determine and interested to do something new in your career and life, just give it a shot. Give it a try then. You will be an expert in handling events, any events I would say. Then, will be an expert to give training and consulting people. We do it together, as a team. Kita sama-sama plan dan laksanakan plan tersebut. I have my roadmap for the company and I want you to be part of it. Boleh pertimbangkannya Sofea?”

                “Saya...maknanya... saya... saya...” Sofea hilang kata.

                “Saya tak nak jawapannya sekarang. Think about it first. Please?”

                “Inshaallah. Nanti saya fikirkan. Terima kasih Encik Izwan,”

“Angah!!!!!! Dah sepuluh minit dah ni!!!! Cepat ke dapur!!!!!”

                Sofea masih terkebil-kebil terlentang di atas katil. Keluhnya kecil. Malas-malas dia bergerak dan cuba bangun dari katil. Dah bangun, baring  semula. Bangun dan baring semula.

                “Angahhh!!!!!”

                “Ye Mama! Angah nak bangunlah ni!”

*******
Allah hadirkan sesiapa sahaja dalam hidup kita. Dan DIA juga akan bawa pergi sesiapa sahaja dari hidup kita. Setiap yang datang dan setiap yang pergi dari hidup ini semuanya terselit bermacam jenis hikmah yang ada masanya kita sedar dan ada masanya tidak.

                Bak kata orang juga, jangan pernah berputus asa berusaha dan berdoa. Berdoa. Berdoa. Walau sukar macam mana pun perjalanan hidup ni, pasti akan ada senangnya nanti. Dan Alhamdulillah, aku bersyukur dengan keperitan serta kesakitan yang aku alami. Kerna kesakitan itulah aku belajar menjadi lebih matang.

                “Sofea, jangan nak berangan waktu kerja boleh tak?”

                Sofea mendongak sedikit, “Bila Encik Izwan masuk?”

                “Tolong buang tabiat berangan awak tu. Nah, baca proposal ni. Esok saya nak awak bentangkan idea ni dalam mesyuarat mingguan BOD. We really need huge sponsorship for this project,”

                Fail proposal yang dihulurkan disambut baik oleh Sofea. Sengihan Sofea mengiringi teguran dan arahan Izwan.

                Saat Izwan mula melangkah keluar dari bilik Sofea, “Oh ya, setengah jam lagi masuk bilik saya. Saya nak kenalkan awak pada buah hati saya,”

                “Bila dia sampai Malaysia Encik Izwan?” Sofea kelihatan teruja. Akhirnya saat yang dinantikan telah tiba.

                “Yang sibuk sangat kenapa? Masuk je bilik saya nanti,” Izwan berlalu pergi.

                Sofea menggeleng beberapa kali sambil tersenyum.

                ‘Nak kenalkan adik sendiri pun ego semacam mamat tu. Haihh. Takut aku jatuh hati dengan adik dia lah tu. Tu lah, jual mahal sangat, tu pasal dia sendiri tak laku-laku,’

                Dibeleknya muka pertama proposal tadi, dibacanya sebaris dua, kemudian matanya merenung pintu biliknya sendiri.

                ‘I will never regret to take this path. Never regret sending my resign letter to Puan Zabedah last time. I’m proud to be me, as what I am now. Thanks Allah for this journey. YOU know me really well, no doubt about it,’

                Disambungnya bacaan proposal tadi. Tugasan yang baru diterimanya ini harus dijalankan dengan sebaik mungkin. Amanah.

**************************************************

 TAMAT
25 Ogos 2015
Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment