Dilema...huh? (1)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, terhasilnya satu cerpen untuk tahun ni. Bermacam cerita yang dikarang tapi lain yang terjadi. hahaha..

Tajuk cerpen ni panjang sedikit..haha

"Dilema...huh?"

Selamat membaca.
Jangan lupa komen :)






What is the reason you apply to work here?”
                Matanya ku renung tajam. Kalau boleh tembus kepala dia, pasti akan tembus punya dengan renungan mata aku ni. Cool Sofea. This is expected question most employers will ask. Relax and answer confidently.
To gain new experience. I want to have new experience in my career path. I want to do something that can trigger my passion towards my career. Something that can make me work tremendously cool and awesome,” terlebih konfiden je aku ni. Redah je lah.
So, you are not passionate enough and enjoying with what you do now?”
Soalan killer pula dia bagi aku ni. Sinis sungguh senyuman mamat ni. Dia ni ke bos aku nanti? Relax Sofea. Tenang dan senyum.
I am, but if there is a chance for me to polish my skill towards my task, I would like to give a try and will fight for it,” selamba juga aku menjawab ni. Entah menjawab entah tidak.
“Ada apa-apa lagi Encik Izwan?” Puan Hazirah bersuara sebaik sahaja aku menjawab pertanyaan lelaki berkemeja itu.
Masing-masing memandang ke arah wanita berbaju kurung yang berada di hadapan aku. Cantik sungguh kakak tu. Aku pertama kali berjumpa dengannya pun sewaktu program anak yatim tempoh hari. Dia memang seorang yang baik hati dan juga tegas orangnya. Tak sangka pula, dia dari Human Resource (HR) department yang ditugaskan untuk interview aku pagi ni. Malu pun ada juga, tapi mungkin itu juga merupakan tuah untuk aku.
Encik Izwan menggeleng sambil tersenyum. Suka pula aku tengok senyumannya. Bak kata orang, dalam ketegasan itu ada lembutnya.
“Sofea, any questions or doubts? Before we end our session?” Puan Hazirah memandangku dengan wajahnya yang sentiasa manis.
Inilah masanya untuk aku lebih kelihataan yakin, “Bila saya boleh tahu keputusannya dan mula bekerja?” sempat juga aku berikan lirikan mata pada bakal bos baru aku nanti.
“Inshaallah, as soon as possible. But for now, tahun baru first,” Encik Izwan bersuara mewakili Puan Hazirah. Sejujurnya, aku suka tengok senyuman Encik Izwan ni.
Dengan lega, aku melangkah keluar daripada bilik temuduga tu dan senyum dengan penuh lebar. Yakin aku akan dapat jawatan tu.
“Dah habis ke? Sekejapnya?” tersentak sedikit ditegur oleh salah seorang candidate pagi ni. Peramah sungguh orangnya. Dari awal dia sampai sehinggalah giliran aku dipanggil, dia sahaja yang rajin buka mulut bersembang dengan aku. Mungkin gemuruh agaknya dia ni.
“Tak tanya banyak pun, just more about yourself. Good luck tau,” balasku sambil terus tersenyum lebar. Entah kenapa, aku sangat gembira lepas keluar dari bilik tu. Mungkin aku terlalu gemuruh agaknya, tapi perasaan gembira ni lain macam sangat.

*******

Matanya celik semula. Spontan bibirnya melukiskan senyuman sekali lagi. Masih segar benar di ingatan saat dia ditemuduga sebulan yang lepas. Surat pengesahan temuduga masih berada di genggaman. Sudah berpuluh-puluh kali surat itu dibelek dan dibaca isinya, dan saat itu juga kenangan itu bermain-main di fikiran.
“Sofea!!!!”
Mahu gugur jantung aku ni. “Asal jerit macam ni sekali? I tengah baring ni, kacaulah you,”
How’s the interview dear?”
 “Alhamdulillah, everything went well I think. Lega gila dah habis. Ni I baru balik dari lunch dengan adik I dekat Setia City Mall. Thanks for asking Huda. I lupa nak inform you after interview tadi. So sorry dear,” dua tiga kali aku menguap. Mana tak nya, aku tengah sedap nak tidur ni, Huda telefon dan kemudian jerit di telinga aku.
It’s okey you. I telefon ni bukan saja-saja nak tanya tau. I have good news for you, Sofea!” Huda kedengaran sangat teruja di talian. Berdebar-debar sangat rasanya mendengar Huda sedemikian.
I’m waiting Huda. Just go on,”
My ex-boss likes you! He really likes you!” Huda menjerit kegirangan.
Aku terpinga-pinga. Bila masa pula aku kenal boss Huda ni?
You, since when I ada skandal dengan boss you? Macam mana dia boleh kenal I? You bagi gambar I dekat dia ke? Ayoooo, why tak inform awal-awal?” aku pula yang gelabah ni. Hensem ke tak bos dia ni? Berharta ke tak?
“Sofea!!!! Merepek apa ni?!!” Huda semakin meninggikan suaranya. Aku makin keliru.
The one that interviewed you just now is my ex-boss. You dah lupa yang I juga tolong you pass kan your resume to them? That was my boss okey. You makan semut banyak sangat ni,”
Jantungku seakan berhenti berdegup. What? What? What? Okey, seriously, yang itu aku memang tak tahu. Aku betul-betul tak tahu Encik Izwan tu ex-boss kepada Huda. Huda is my ex-officemate. Yes, selepas aku apply online that job, aku ada minta Huda bantu aku juga. Tapi aku tak tahu pula mereka bersangkut-paut sampai macam ni sekali. Rasa nak hentuk je kepala ni kat dinding.
Okey, back to the story. That Izwan likes you so much. He said, you are a detailed person. He likes your personality and might suit with the job. He wants you to join their team as soon as possible. He texted me right after the interview. I am so happy Sofea! You are so lucky dear!”
Seriously? Jom Huda, I belanja you dinner malam ni? Kita borak-borak lagi malam ni,”
Segera aku menamatkan panggilan Huda sebaik sahaja Huda bersetuju nak makan malam dengan aku. Ya Allah, kegembiraaan apakah ini? Syukur, Alhamdulillah.

*******

“Macam mana ni? Siapa yang nak selesaikan benda ni?”
Sofea baru sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi ofis yang tidak berapa nak empuk. Keluhan kecil dilepaskan.
“Puan nak saya buat macam mana lagi ni? Saya dah brief team yang sepatutnya minggu lepas tapi mereka tidak mahu menerima cadangan yang kita usulkan. Saya dah tak tahu nak buat apa dah,” Sofea cuba berlembut gusi. Dia sudah tidak mahu bergaduh-gaduh lagi.
“Jangan nak bagi alasanlah Sofea. Benda ni dah lama dah, tak kan minggu lepas je kau baru cakap dengan team tu. Bukan kau hebat ke? Bukan kalau kau cakap, semua dengar cakap kau ke?” Lucy, salah seorang rakan sekerjanya mula bersuara.
Sofea segera bangun dari tempat duduknya. Disamakan ketinggiannya dengan Puan Zabeda dan Lucy. Fail yang dipegang oleh majikannya sudah bertukar tangan. Sofea mengambilnya serta membelek-belek helaian fail tersebut.
Okey then, here you go Lucy. You can take back your shit, clear and clean it by yourself,” Sofea menghulurkan fail tersebut pada Lucy. Puan Zabedah dan Lucy tercengang sesame mereka.
Dear Puan Zabedah, you should release me last time when I request sebaiknya pada Puan. But you did not want to release me and you create stories with different versions about me. Thank you. And one more thing, you also give me Lucy’s shit to handle. This shit totally a big mess, sorry I can’t handle it anymore. I guess Lucy is the best person to handle it. Nah Lucy, you can have it back,” Sofea terus duduk tanpa menunggu apa-apa respon daripada mereka berdua.
“Sofea! Mind your words! It is rude!” Lucy tetiba berang.
Mind your own business please. I have work to do, please leave me alone,” balas Sofea selamba.           
You really disappointed me, Sofea,” Puan Zabedah bersuara seakan berbisik.
You should know that earlier Puan,” Sofea memandangnya dengan senyuman yang sangat sinis.
Sofea melepaskan keluhan yang berat. Dia tidak pasti kelakuannya tadi sesuatu yang betul atau tidak, tapi dadanya terasa amat lapang. Lega. Dia sudah tidak tahan dengan kelakuan tamak dan busuk hati teman-teman di tempat kerjanya itu. Selalu dia bertanya sendiri, apa sebenarnya yang mereka mahukan?
Telefon pintar di dalam beg tangannya diambil. Satu nama yang sentiasa terlintas dalam kepalanya didail sepantas mungkin.
“Huda, I biadap sangat dengan bos I tadi. I dah tak tahan dah Huda. I burst just like that,”
OMG!!! What have you done? Jom, kita borak-borak. Breakfast with me nak? I ada kat kafe bawah ni. I sorang-sorang je ni,”
Ok ok, I turun sekarang,”
Sofea meneguk teh tarik perlahan-lahan. Nasi goreng masih belum sampai lagi.
                “You patut cakap macam tu dari dulu lagi Sofea. Dia dah lah tahan you dari keluar from that unit. Dia pakat dengan orang atasan untuk tolak tawaran kerja you. Then, dia bagi you kerja yang entah apa-apa. Sampai sekarang pun you masih tak tahu skop kerja you. Tunggang-langgang dah I tengok you. Worst thing lagi, your team tak cooperative langsung. Masing-masing ada kepentingan sendiri. You ni ibarat kambing hitam Sofea. Kambing hitam,” Huda sudah mula membebel.
                “I nak resign. I nak cari kerja lain. I dah tak boleh nak kerja dengan orang-orang yang macam tu. I stress. I depress. Even Kuril pun dapat rasa I sedih. Dengan dia-dia sekali tak nak makan. Risau pula I tengok dia,” Sofea mengeluh kecil.
                “Itu pun satu lagi. I suruh you kahwin tak nak. Alih-alih binatang tikus tu you pilih jadi teman you,”
                “Hello, jangan cakap macam tu tentang Kuril okey. At least, Kuril faham apa yang aku rasa,” Sofea mempertahankan binatang kesayangannya itu.
                “Mana you nak cari kerja sekarang ni Sofea? Zaman kegawatan ekonomi macam ni susah tau nak cari kerja. You punya hutang biasiswa tu, siapa nak bayar? Kereta you lagi? Rumah sewa you lagi? Jangan jadi gila Sofea. You banyak tanggungjawab,” Huda cuba memujuk. Kadang kala timbul simpati dengan nasib yang menimpa sahabat baiknya itu, tetapi, cadangan untuk berhenti kerja bukan sesuatu keputusan yang bijak buat masa genting sebegini.
“Dah dua tahun I cuba apply kerja baru dan cuba keluar dari unit sekarang ni, tapi tak dapat juga lepas. I dah dapat kerja yang betul-betul masuk dengan jiwa I ni pun still tak dapat lepas. Macam-macam I dah lakukan Huda. I can’t tolerate with them anymore,”
Huda berdiam diri. Timbul rasa serba salah tiap kali Sofea membuka pekung dadanya. Kedua mereka masing-masing berdiam diri dan langsung menikmati hidangan sarapan mereka.
It is a good for your career. But untuk kepentingan saya, I can’t release you,”
Hampir mahu terhenti degupan jantungnya mendengar respon Puan Zabedah.
But I really want to. Saya dah tak boleh nak kerja sekarang dah. I really need a new environment and new experienceI really hope you can release me Puan,”
“Saya sudah buat keputusan, I can’t release you. Saya harap awak faham, Sofea,”
Perasaan apakah yang sedang aku rasa sekarang ni? Sedihnya. Kenapa jawapan itu yang aku dapat? Aku nak sangat kerja macam tu. Kenapa aku rasa sedih sangat ni? Tabah Sofea. Tabah.
“Huda?”
                Sofea tersentak. Boleh pula dia mengelamun sambil mulutnya mengunyah tidak henti nasi goreng yang dipesannya tadi. Huda mula tersengih-sengih membalas sapaan lelaki yang baru menegurnya.
                “Eh, apa buat kat sini? Sorang je ke?” Huda bermanis mulut.
                “Here is cafe right? Mestilah untuk makan,” lelaki itu senyum kembali. Sofea mengangkat wajahnya memandang Huda dan juga lelaki berbaju batik itu.
                “Sofea?” lelaki tadi beralih padanya.
                Berkerut dahi Sofea apabila namanya dipanggil. ‘Kita kenal ke?’ bisik hatinya.
                “You kenal tak lagi dia ni Sofea?” Huda menyampuk.
                “Muka familiar, tapi tak berapa nak ingatlah,” spontan Sofea menjawab. Huda pula menepuk-nepuk dahinya sambil menggeleng-gelengkan kepala.
                “Inilah Izwan, Sofea! My ex-boss! Tak kan you boleh lupa?” Huda mencubit bahu  Sofea. Macam manalah dia ni boleh lupa?
                “Encik Izwan? Ya Allah! I’m so sorry!” Sofea tergagap-gagap.
                “You belum jadi team I lagi, tapi you dah lupa rupa boss you?” Izwan tersenyum lebar. Lucu rasanya melihat kekalutan Sofea. Comel.
                “You look so different. Kemeja batik. Lain sangat. Tu yang saya tak dapat nak cam tu,” Sofea cuba menutup silapnya. Malu.
                “Come and join us,” Huda mempelawa.
                “It’s okey. I have to meet my client there. Next time we have lunch together, okey?”
                Sofea hanya mengangguk. Begitu juga Huda.
                “See you guys again,” Izwan melambai-lambai sambil berlalu pergi.
                “Dia hensemlah Huda,” Sofea bersuara sebaik Encik Izwan pergi.
                Huda tersengih-sengih.
                “Sofea, if you want to know, he really disappointed when HR told him you reject the offer. Among 21 applicants, you are the chosen one,”
                Wajah Sofea sedikit berubah sebaik sahaja Huda berkata sedemikian. Mata Sofea bertembung dengan mata Izwan yang duduk bertentangan dengannya. Izwan senyum padanya. Sofea hanya menganguk kecil, “You tahu kan Huda, I lagi disappointed bila tak dapat terima offer tu,”
                “Inshaallah Sofea, Allah has better plan for you. Be strong okey,”

*******
  
Air mata mengalir laju. Pantas dilapnya dengan tisu di tangan sambil menarik nafas yang panjang. Sebulan sudah berlalu semua itu dan sukar mahu dilupakan. Sofea bangkit dari pembaringan dan terus melulu ke ruang tamu.
“Kuril, so sorry, Mummy lupa nak bagi Kuril makan. Kuril pun bukan nak bising-bising macam selalu. Kalau Kuril bising, tahulah Mummy makanan Kuril dah habis,” bekas makanan yang kosong diisinya sehingga penuh.
Guinea pig berbaka Abyssinian itulah Kuril yang dimaksudkan. Peneman buat diri Sofea. Sudah tiga tahun bergelar warga kota, sejak itu jugalah Kuril sentiasa ada di sisi Sofea. Sofea memperuntukkan satu ruang khas di ruang tamu rumah sewanya untuk Kuril.
“Kenapa Kuril tak nak makan? Kuril diet ke?” Sofea tersengih sendiri. Pelik dengan sikap Kuril yang diam sejak semalam. Diperhati dan diangkatnya Kuril dengan penuh kasih sayang.
I know you can feel what Mummy feel Kuril. I know you can feel Mummy is sad these days,” Kuril berbunyi manja seolah-olah memahami apa yang diperkatakan oleh Sofea. Sofea menciumnya manja. Mengalir lagi air matanya.
But, you must eat. Please eat ya Kuril. Mummy okey. Mummy just teringat kisah-kisah dulu plus kerja Mummy sekarang pun dah teruk sangat. Ramai hentam Mummy. Semua salahkan Mummy, sedangkan projek tu bukan Mummy yang kena handle. Tak pasal-pasal Mummy kena panggil disoal siasat. What happen to Mummy sekali pun, Kuril kena kuat makan tau. Kalau Kuril sihat, Mummy happy. Makan tau,”
Sofea kembali tersenyum pabila Kuril mula makan sedikit demi sedikit pelet yang baru diisinya.
“Kuril good boy,” ujarnya perlahan. 

*******

Sofea termenung panjang. Dia baru menerima arahan untuk bekerja di luar negeri selama dua minggu lamanya. Dia dihantar ke Terengganu untuk mengikuti trip bisnes dan membuat liputan berkaitan trip tersebut untuk dibentangkan dalam AGM Meeting bulan hadapan.
                Dia sendiri tidak tahu kenapa dia yang dihantar ke sana dan untuk apa trip bisnes tersebut. Kerana perbuatannya yang dianggap biadap minggu lepas, namanya terus naik dan trip bisnes itu dikatakan sebagai salah satu tindakan displin. Orang yang tidak mahu bekerja di pejabat, ada baiknya kerja di luar pejabat. Begitulah kata-kata Puan Zabedah padanya.
                “Sofea, Puan Zabedah panggil kau. Pergilah,” beritahu Lukman yang duduk berhadapan Sofea.
                Sofea bermalas-malasan menuju ke bilik majikannya itu.
                “HR bagi saya surat ni. Untuk awak,” Puan Zabedah menghulurkan sepucuk surat sebaik sahaja Sofea melangkah masuk. Tidak dipelawa langsung untuk duduk.
                “Cuti separuh gaji selama sebulan? Surat apa ni? Bila masa saya apply untuk ni?” menggigil tangan Sofea membaca surat tersebut.
                “I apply it for you. I think you need a rest. A good rest. So, ambil masa sebulan pergi bercuti. That one is effective after you done the business trip and also the presentation. So, take that one month rest for a holiday okey? I already find a SL1M for you. She will take over your job for that one month,”
                “Kenapa Puan tak berhentikan saya je? Kenapa perlu semua ni? Semua ni jelas tunjukkan yang saya ni tak membawakan keuntungan pada syarikat,”
                “Awak sedar pun semua tu. Why not awak sendiri yang hantar resignation letter? Saya akan terima dengan hati yang terbuka,”
                Sofea cuba menahan barannya. Surat yang berada di genggamannya sudah renyuk.
                “I never expect to receive this kind of treatment from you. Thank you Puan. Semoga anak-anak Puan tidak akan jadi atau senasib dengan saya nanti. Thank you so much,”
                Puan Zabedah merenungnya tajam.
                “Oh, saya lupa. Puan bukan ada anak pun. Sorry Puan. Saya terlepas cakap pula,” Sofea terus meninggalkan bilik tersebut sambil tersenyum sinis.
                “Hanis! Luluskan cepat kemasukan budak SL1M tu!” Puan Zabedah meninggikan suaranya. Baginya, kata-kata Sofea itu sangat biadap dan telah membuatkan dia marah.

*******

‘Sofea, tak datang kerja ke?’
                Sofea membaca mesej yang dihantar oleh Lukman.
                ‘Weyhh kau pergi Terengganu tu hari ni ke?’
                ‘Puan Zabedah tak habis-habis bising tu. Dia tanya kau kat mana?’
                Sofea mendengus geram. Ditaip sepantas mungkin.
                ‘Pompuan tu nak meroyan dah kenapa? Dia yang hantar aku pergi trip ni, tetiba nak meroyan plak’
                Tak sampai dua minit,
                ‘Lucy cuti seminggu tak bagitahu dia. Sekarang ni dia patah sayaplah. Lucy tinggalkan projek tu macam tu je.’
                Telefonnya bergetar lagi,
                ‘Kesian pula aku tengok anak buah Lucy tu. Jenuh dia nak menjawab dengan Puan’
                Sofea hanya menggelengkan kepalanya,
                ‘Padanlah muka dia. Lucy tu kan anak emas dia. Biarlah. Aku tak ada kaitan dengan projek tu. So no point dia cari aku. Okeylah. Flight aku dah nak berlepas ni. Take care, jumpa dua minggu lagi,’
                ‘Orait, jaga diri juga. Doakan aku weyhh. Scary aku tengok Puan ni,’
                Sofea melepaskan keluhannya. Tak langsung dia menyangka perjalanan kerjayanya akan jadi sebegini. Dahulunya dia memang seronok berkerja di situ. Setiap tugasan akan dia laksanakan dengan baik meskipun kerjanya itu menyimpang jauh dengan kelulusan akademiknya.
                Tapi sejak tersebar berita yang dia menerima Top Achiever dua tahun lepas, mula ada yang tidak senang dengan apa yang dia lakukan di pejabat. Setiap tugasan yang diberikan kepadanya semuanya projek yang tergendala. Projek yang asalnya diberikan pada rakan sekerjanya, kemudian tidak berjaya, dan diserahkan padanya untuk jadikan projek itu berjalan lancar. Bila projek-projek tersebut hidup semula, bukan dirinya yang mendapat penghargaan, tapi orang lain. Sekali dua boleh lagi dia terima, tapi bila sudah kerap diperlakukan sedemikian, Sofea mula memberontak.
                Keadaan jadi semakin teruk apabila dia menerima pelbagai tawaran kerja di tempat lain, baik di luar syarikat mahupun di dalam syarikat. Makin ramai yang pandang serong padanya. Ibaratnya Sofea tidak mengenang budi. Sudah jadi yang terbaik, mahu pergi meninggalkan semuanya. Seperti kacang lupakan kulit. Yang peliknya, Sofea sendiri tak tahu dia menerima tawaran-tawaran tersebut. Malah, nama baiknya juga diburuk-burukkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dia hanya mengetahui setiap tawaran itu apabila dia dihubungi oleh pihak-pihak tertentu  bertanyakan asbab dia menolak tawaran-tawaran yang diberikan. Siapa pula yang menolak tawaran dia tu? Sofea seringkali bertanya sendiri.
                Apabila dia menerima tawaran untuk menyertai unit Event Management tiga bulan yang lepas, Sofea ditahan keluar daripada unitnya. Sehingga ke saat ini, Sofea masih tidak faham apa dan di mana salahnya. Dia bukanlah seorang yang hebat sangat tapi dia dilayan seperti dia sudah melakukan kesalahan yang sangat besar apabila dia diminta untuk tukar ke unit yang lain. Bila Sofea melawan, dia dikenakan tindakan dispilin, yang mana ini akan mencacatkan lagi prestasi kerjanya. Tapi apa lagi yang boleh dia lakukan?
                ‘Babe, I on my way to Terengganu. See you next two weeks tau. Doakan I kat sana’
                Button Send ditekan. Sofea memejamkan matanya. Dia masih bersyukur punyai sahabat sebaik Huda, yang sentiasa ada waktu susah dan senangnya.

*******

Sofea ke hulu ke hilir. Dia sudah kebosanan yang teramat sangat. Program bisnes yang diwajibkan kehadirannya akan bermula esok pagi dan dia tidak dibenarkan meninggalkan hotel langsung. Bila dilihatnya yang lain boleh keluar sana sini, timbul rasa tidak puas hati. Kenapa dia seorang sahaja yang dilarang keluar? Dia bukan lagi budak kecil untuk dikongkong sedemikian rupa.
“Maaf Cik, ini arahan pihak atasan. Kami harap Cik boleh faham,”
You guys ada pasang sensor something ke kat badan saya ni? Kalau saya keluar juga nanti akan meletup ke tempat ni?” Sofea cuba mengawal nada suaranya pada krew urusetia itu.
“Tidaklah begitu Cik, tapi ini satu arahan. Lagi pun, keluar masuk ke hotel ni perlukan ID. Kalau Cik keluar sekali pun, ID yang ada pada Cik tu akan direkod dalam database kami untuk tracking,” balasnya lembut tetapi tegas.
Sofea menghentakkan kakinya lalu berlalu pergi. “Macam budak-budak punya peraturan. Bodoh betul!” ngomelnya sendiri.
Yes, we need to have this on the last night of this event. This is important. We must find a backup plan for this. I don’t care, please find solution for this,”
                Sofea memberhentikan langkahnya. Dia mula menjenguk-jenguk ke arah bilik utama di lobby hotel itu. Pintu terkuak lebar. Suara tu seakan pernah dia dengari. Sofea semakin menghampiri bilik tersebut.
                “Aku tak ada backup task force di sini. Mungkin dua tiga hari lagi baru ada sorang dua yang datang from my side. Matilah aku nak handle sorang-sorang kat sini,”
                Sofea sudah berada di hadapan pintu bilik. Seorang lelaki berkurta merah sedang leka berbual dengan seseorang dalam talian.
                “Okey, I gotta go. Please think about it. I really need help here,”
                Lelaki berkurta merah itu berpaling. Sofea tidak sempat berganjak dari tempat dia berdiri. Tidak sempat nak melarikan diri. ‘Haaaa kantoi sudah aku intip mamat ni’
                Lelaki itu terpempan seketika. Begitu juga dengan Sofea.
                “Buat apa sini? Bercuti ke?” lelaki itu mula tersenyum. Telefon pintarnya disimpan ke dalam kocek seluar.
                Sofea tersenyum kembali. ‘Aku suka tengok senyuman dia ni’.
                “Saya ada kerja kat sini, Encik Izwan,”
                Izwan melangkah menghampiri Sofea yang masih tercegat di muka pintu.
                “Stop calling me Encik. Just call me Izwan,”
                Sofea semakin lebar tersenyum. ‘Haaaaa kalau Encik Izwan ni ada kat sini, perintah berkurung setahun pun aku rela. Hehe’

Bersambung..

0 comments:

Post a Comment